SUNGAI PETANI: Pendekatan kerajaan dalam menangani cabaran semasa khususnya krisis ekonomi global lebih menyeluruh dan bersepadu berbanding pentadbiran terdahulu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perbezaan itu ketara apabila kerajaan kini mengamalkan kaedah penyelarasan dasar secara lebih inklusif dengan melibatkan semua kerajaan negeri melalui mesyuarat yang diadakan secara konsisten. Menurut beliau, pendekatan itu berbeza dengan situasi pada fasa awal penularan…










