Kemenangan Barca dibayar dengan harga mahal

Kemenangan Barca dibayar dengan harga mahal

PENGURUS Barcelona, Hansi Flick memeluk Lamine Yamal selepas dia terpaksa dikeluarkan berikutan mengalami kecederaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BARCELONA: Barcelona semakin menghampiri kejuaraan La Liga musim ini selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Celta Vigo di Camp Nou, namun kemenangan itu turut dibayangi kecederaan penyerang sensasi, Lamine Yamal.
Lamine menjadi wira pasukan apabila berjaya menyempurnakan penalti pada babak pertama, namun dia terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa selepas mengalami kecederaan hamstring ketika melakukan sepakan tersebut.
Selain Yamal, Barcelona turut kehilangan pertahanan Joao Cancelo yang turut mengalami kecederaan dalam perlawanan berkenaan.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Hansi Flick kini mendahului Real Madrid dengan kelebihan sembilan mata di puncak liga, dengan hanya enam perlawanan berbaki termasuk pertembungan El Clasico pada 10 Mei ini.
“Kami perlu memenangi setiap perlawanan dan memastikan La Liga secepat mungkin, kemenangan hari ini (semalam) sangat penting.
“Saya harap (kecederaan Lamine) tidak serius dan hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja. Esok (hari ini) dia akan diperiksa dan kita akan tahu keadaannya.
“Saya mendoakan yang terbaik untuknya, dan dia perlu kekal tenang, dia masih muda dan pasti akan pulih dengan baik,” kata pemain tengah Barcelona, Pedri.
Sementara itu, Atletico Madrid terus bergelut apabila tewas 3-2 kepada pasukan bawahan Elche, sekali gus mencatat kekalahan ketujuh dalam lapan perlawanan terakhir.
Pengurus Atletico, Diego Simeone berkata, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu selepas menurunkan sebahagian besar pemain simpanan berikutan aksi padat kebelakangan ini, termasuk final Copa del Rey.
“Kekalahan ini amat menyakitkan, pemain yang tinggal dengan 10 orang telah memberikan segala-galanya untuk cuba mendapatkan mata. Semua tanggungjawab (atas kekalahan) adalah milik saya sebagai jurulatih,” kata Simeone. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN