Kelab Iran tersungkur, konflik Timur Tengah jejas persiapan

Kelab Iran tersungkur, konflik Asia Barat jejas persiapan

Pemain tengah Caio Lucas (kanan) melakukan percubaan ke arah gol ketika aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara Asia Elit(ACLE) antara kelab Emiriah Arab Bersatu, Sharjah FC dan wakil Iran, Tractor FC di Stadium Sharjah, di bandar Sharjah, Emiriah Arab Bersatu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Tractor FC tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) selepas tewas 0-3 kepada Shabab Al Ahli dalam aksi pusingan 16, selain mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain, semalam.

Konflik Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel, nyata memberi impak kepada persiapan kelab dari Iran itu untuk menghadapi lawannya.

Pada aksi itu, Tractor FC berjaya memberi tentangan kepada Shabab sepanjang babak pertama namun kad merah pada minit ke-52 dilayangkan kepada penjaga gol, Alireza Beiranvand kerana melakukan kekasaran ke atas penyerang Sardar Azmoun menjadi titik perubahan perlawanan.

Sepakan penalti Yuri Cesar pada minit ke-65 meletakkan pasukan Emiriah di depan, sebelum Saied Ezatolahi menggandakan kelebihan 15 minit kemudian dan Mateusao melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

Ketua jurulatih Tractor, Mohammad Ali Rabiei mengakui konflik di Timur Tengah bermula pada akhir Februari menyebabkan pasukannya tidak beraksi secara kompetitif dan sesi latihan turut terjejas selama 40 hari.

“Pasukan kami terjejas kerana selama 40 hari kami tidak dapat menjalani latihan secara normal. Kami bermain baik pada separuh masa pertama dengan strategi yang dirancang dan mencipta beberapa peluang.

“Selepas ketinggalan, kami cuba sedaya upaya untuk bangkit, bermain secara berisiko tinggi untuk mencari gol penyamaan, tetapi lawan menggunakan ruang di belakang pertahanan kami dan mereka menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Sementara itu, kelab Arab Saudi Al-Ittihad mara ke pusingan seterusnya selepas menang 1-0 ke atas Al-Wahda hasil sepakan penalti kontroversi oleh Fabinho pada masa tambahan penghujung masa tambahan.

Pengadil Ilgiz Tantashev memberikan sepakan penalti ketika tempoh perlawanan telah lebih 120 minit permainan, apabila Abdulrahman Al-Obud dijatuhkan dan sepakan itu disempurnakan Fabinho yang juga bekas pemain Liverpool.

Juara Liga Pro Saudi, Al-Ittihad akan menentang Machida Zelvia pada Jumaat, manakala juara bertahan Al-Ahli berdepan Johor Darul Ta’zim dan Shabab Al Ahli bertemu Buriram United pada Sabtu.

Perlawanan pusingan 16 bagi pasukan dari bahagian barat benua itu diadakan sebagai perlawanan satu aksi di Jeddah selepas format timbal balik ditunda bulan lalu akibat konflik di Timur Tengah.

Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final juga akan berlangsung di bandar Arab Saudi itu. 

Separuh akhir akan diadakan pada Isnin dan Selasa, manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 25 April.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN