Armin menang emas, Jing Xuan raih perak di Terbuka Singapura

Armin menang emas, Jing Xuan raih perak di Terbuka Singapura

Ng Jing Xuan - Facebook Olahraga Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari 110 meter (m) berpagar negara, Muhammad Armin Zahryl Abd Latif dan atlet rejam lembing kebangsaan, Ng Jing Xuan membuka tirai musim ini dengan langkah kanan apabila masing-masing memenangi pingat emas dan perak di Terbuka Singapura, hari ini.

Armin memenangi emas selepas melakukan catatan masa 13.82 saat (s) meninggalkan atlet tuan rumah, Chen Xiang Ang yang menamatkan larian 13.85s manakala gangsa milik Clinton Bautista dari Filipina (14.22s).

Jing Xuan pula mengesahkan pingat perak selepas melakukan catatan 48.49 meter (m) pada percubaan kelima tewas kepada Atinna Nurkamil Bahtiar dari Indonesia dengan rejaman 49.86m manakala gangsa milik rakan senegaranya, Kresensia Mobok Ndiken (41.15m).

Begitu pun, itu bukanlah pencapaian terbaik Jing Xuang memandangkan dia sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan ketika beraksi di Sukan SEA 2025 dengan rejaman sejauh 52.17m.

Sementara itu, atlet lompat tinggi negara, Nawawi Mohamad terpaksa akur di tempat keempat selepas melakukan lompatan 1.95m dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Kallang.

Bagi acara 800m wanita pula menyaksikan Geetha Sivaraja dan Clezendra Chanda Cevester Empari masing-masing berpuas hati di kedudukan keenam dan ke-12. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN