Izzah pecah rekod kebangsaan di Piala Dunia Trek

Izzah pecah rekod kebangsaan di Piala Dunia Trek

2026. Pelumba trek wanita Malaysia, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri ketika beraksi acara kelayakan pecut wanita pada Kejohanan Trek Piala Dunia di Velodrom Nasional Nilai di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Ratu trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membuktikan kelasnya tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan pada aksi kelayakan pecut individu wanita pada Piala Dunia Trek di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Atlet berusia 23 tahun itu mencatat masa 10.541 saat (s) sekali gus memperbaharui rekod lamanya 10.578s yang dilakukan di Piala Negara-negara di Konya, Turkiye, Mac tahun lalu.

Catatan tersebut menyaksikan Izzah menamatkan saingan di kedudukan ketujuh keseluruhan dalam pusingan kelayakan pecut individu wanita di Velodrom Nasional, Nilai.

Momentum cemerlang itu diteruskan apabila Izzah melangkah ke suku akhir acara pecut selepas menewaskan pelumba Ukraine, Alla Biletska dalam aksi 1/8 akhir, sebentar tadi.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Nur Alyssa Mohd Farid tidak berjaya mengikut jejak langkah apabila terkandas di peringkat 1/8 akhir.

Alyssa tewas kepada pelumba Colombia, Stefany Lorena Cuadrado Florez dalam perlumbaan sengit yang
menyaksikan wakil negara itu gagal meneruskan kemaraan.

Dalam kategori lelaki, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula terlepas peluang ke pusingan kedua acara keirin selepas tersingkir di peringkat repechage.

Beraksi dalam saringan ketujuh, Shah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang pelumba Amerika Syarikat, Dalton Walters dan wakil Republik Czech, Martin Cechman.

Mengikut format perlumbaan, hanya dua pelumba teratas layak ke pusingan seterusnya sekali gus menutup cabaran Shah Firdaus pada kejohanan kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN