BANGI: Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding secara solo atau menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. “Itu rahsia parti,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, Rumah Bangsa tidak terhad kepada usaha mengembalikan bekas ahli UMNO semata-mata,…










