KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diminta memantau harga makanan di kafetaria bagi memastikan pengusaha tidak menaikkan harga sehingga membebankan pelajar. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perkara itu perlu diberi perhatian khusus memandangkan terdapat pengusaha kafetaria yang mengenakan harga makanan mengikut kadar pasaran biasa tanpa mengambil kira kemampuan pelajar. Katanya, pihak kementerian telah memaklumkan kepada pengurusan universiti khususnya institusi pengajian tinggi swasta…










