NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyambut baik gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Menurut jurucakapnya, Stephane Dujarric, Guterres juga menggesa semua pihak untuk bekerja ke arah keamanan jangka panjang di Asia Barat. “Setiausaha Agung mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata dua minggu oleh AS dan Iran,” kata Dujarric dalam kenyataan semalam. Beliau berkata, ketua PBB itu menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik…










