KPM lantik 300 pembantu warden di sekolah berasrama

KPM lantik 300 pembantu warden di sekolah berasrama

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 300 personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) telah dilantik untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif MyPWA diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah berasrama serta pada masa sama membantu mengurangkan beban tugas guru di sekolah.

“MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan.

“Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus diperluaskan sebagai salah satu ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu bertepatan dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menggariskan keperluan untuk guru mata pelajaran memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pada Oktober tahun lalu, KPM memaklumkan akan melantik 600 pembantu warden asrama sepenuh masa menerusi program Malaysia Short-Term Employment Program (MySTEP) sebagai salah satu inisiatif baharu untuk memantapkan sistem warden asrama sekolah di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN