City tetap hormati Arsenal

City tetap hormati Arsenal

Nico O'Reilly meledak gol pertama ketika City menumpaskan Chelsea 3-0, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengingatkan anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan Arsenal menjelang pertembungan getir menentang The Gunners, hujung minggu ini.

Kemenangan bergaya 3-0 ke atas Chelsea melonjakkan keyakinan City, sekali gus merapatkan jurang kepada enam mata di belakang pendahulu liga itu. 

Lebih penting, skuad The Citizens memiliki kelebihan satu perlawanan sekaligus kelebihan besar dalam perebutan gelaran yang semakin memuncak.

Momentum kini jelas memihak kepada City ketika mereka mula memecut di fasa akhir musim, Arsenal pula dilihat sedikit goyah selepas tewas mengejut kepada Bournemouth.

“Rasa hormat saya terhadap Arsenal sangat tinggi. Mereka bukan sahaja antara pasukan terbaik di England, malah di Eropah ketika ini. 

“Untuk menewaskan mereka sekali pun sukar, apatah lagi dua kali dalam tempoh singkat,” katanya.

Pertembungan di Stadium Etihad pada 19 April ini dilihat sebagai ‘final tidak rasmi’ liga dengan kemenangan buat City bakal mengubah lanskap perebutan gelaran, manakala Arsenal tidak boleh tercicir mata jika mahu menamatkan kemarau sejak 2004.

Guardiola turut memainkan sentimen ‘underdog’ sebagai pembakar semangat, mengingatkan bahawa City pernah dianggap bukan pilihan sebelum ini.

“Tiada siapa menjangka kami akan tampil lebih baik dalam perlawanan besar. Perasaan itu penting  kerana ia beri kami tenaga tambahan,” ujarnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN