JOHOR BAHRU: Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang dilaporkan cedera selepas tertembak diri sendiri di bahagian dada, hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, ahli politik itu sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di sini dan dilaporkan stabil
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Lek Khang sedang mengadakan sesi latihan menembak di sebuah pusat latihan menembak di Kota Tinggi kira-kira pukul 3 petang tadi.
Pada 13 Februari lalu, Lek Khang mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta merta susulan telah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN










