Alcaraz perincikan senjata rahsia

Alcaraz perincikan senjata rahsia

Alcaraz yang bakal mempertahankan lebih 3,000 mata ranking ATP kini memberi fokus penuh kepada persiapan rapi menjelang kejohanan utama termasuk Monte Carlo Masters.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTE CARLO: Pemain No.1 dunia, Carlos Alcaraz belum mahu menekan ‘butang panik’menjelang kempen di gelanggang tanah liat yang mencabar termasuk Terbuka Perancis pada Mei depan.

Kekalahan mengejut kepada Sebastian Korda pada pusingan ketiga Terbuka Miami menjadi isyarat awal buat pemain Sepanyol itu untuk memperbaiki beberapa aspek penting dalam permainannya.

Alcaraz yang bakal mempertahankan lebih 3,000 mata ranking ATP kini memberi fokus penuh kepada persiapan rapi menjelang kejohanan utama termasuk Monte Carlo Masters.

Jurulatihnya, Samuel Lopez mendedahkan fokus utama latihan kini tertumpu kepada fasa awal permainan terutama servis dan pukulan pertama ketika menerima servis lawan.

“Ya, tanpa ragu tenis telah banyak berkembang sekitar pukulan pertama, servis dan pukulan seterusnya, serta pukulan balas dan pukulan berikutnya.

“Servisnya telah meningkat, tetapi masih perlu dipertingkatkan dari segi ketepatan dan peratusan, dan perkara sama juga pada pukulan balas,” kata Lopez.

Menurut Lopez, walaupun Alcaraz sudah berada di tahap elit, peningkatan dalam kawalan pukulan seperti ‘slice’ serta variasi rentak permainan menjadi keutamaan untuk menghadapi tekanan di gelanggang tanah liat.

Alcaraz dijadual beraksi di Monte Carlo bermula 5 April ini dengan misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Lorenzo Musetti dalam final tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN