Medvedev lebur rekod kebal Alcaraz

Medvedev lebur rekod kebal Alcaraz

Daniil Medvedev membalas pukulan Carlos Alcaraz dalam saingan separuh akhir tenis Indian Wells masters di California, kelmarin. Medvedev mara ke final selepas menang 6-3, 7-6 (7/3) . - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIAN WELLS: Daniil Medvedev menamatkan permulaan sempurna musim 2026 milik pemain No. 1 dunia, Carlos Alcaraz selepas mencatat kemenangan mengejut 6-3, 7-6 (7/3) pada aksi separuh akhir Terbuka Indian Wells, kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan Medvedev menempah pertemuan di pentas final menentang bintang Itali, Jannik Sinner yang lebih awal menewaskan pemain Jerman, Alexander Zverev 6-2, 6-4.

Medvedev yang sebelum ini tewas kepada Alcaraz dalam dua final berturut-turut di Indian Wells pada 2023 dan 2024 akhirnya berjaya membalas dendam menerusi aksi servis mantap serta permainan agresif dari garisan belakang

“Saya sangat gembira dapat menewaskan pemain sekuat dia. Ia satu perasaan yang hebat,” kata Medvedev.

Alcaraz yang berusia 22 tahun sebelum ini berada dalam prestasi terbaik apabila muncul pemain lelaki termuda melengkapkan karier Grand Slam selepas menjuarai Terbuka Australia awal tahun ini.

Pemain Sepanyol itu turut meraih gelaran di Qatar dan membawa rekod kemenangan sempurna 16-0 sepanjang musim 2026 sebelum tewas kepada Medvedev.

“Dalam set pertama… dia membuatkan saya agak bergelut. Dalam set kedua saya mula rasa lebih baik. Saya sedar apa yang perlu saya lakukan. Saya sedar saya perlu berjuang dan saya menerimanya.

“Dia bermain agresif dan hampir tidak melakukan kesilapan,” kata Alcaraz mengenai Medvedev. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×