Wei Chong-Kai Wun julung kali ke suku akhir All England

Wei Chong-Kai Wun julung kali ke suku akhir All England

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 6 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun buat kali pertama melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton All England di Utilita Arena Birmingham, England, hari ini.

Gandingan No. 2 negara itu mengetepikan pasangan ke-12 dunia, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan 21-14, 21-18 dalam masa 33 minit.

Wei Chong-Kai Wun yang sebelum ini sering kali terkandas di pusingan awal pada kejohanan tertua di dunia itu kini memegang rekod pertemuan ke atas Hsiang Chieh-Chi Lin 2-0.

Kemaraan mereka ke suku akhir bakal menemukan Wei Chong-Kai Wun dengan rakan senegara sama ada beregu No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik atau Arif Junaidi-Yap Roy King yang menghuni ranking ke-18 dunia.

Walau siapa pun mereka bakal berdepan, Malaysia telahpun memiliki seorang wakil di separuh akhir.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa tiga lagi wakil negara apabila beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai; beregu muda, Kang Khai Xing-Aaron Tai dan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao terkandas di peringkat 16 terbaik.

Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-11 dunia tewas di tangan beregu No. 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 16-21, 18-21 dalam masa 42 minit.

Khai Xing-Aaron pula akur kepada gandingan No. 11 dunia, Chen Bo Yang-Liu Yi dari China 19-21, 17-21 juga dari China dalam masa 48 minit.

Bagi Jun Hao yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia dalam sektor perseorangan lelaki, tumpas kepada Koki Watanabe 9-21, 13-21 dalam masa 37 minit.

Pemain ke-26 dunia itu memiliki rekod pertemuan yang baik ke atas Watanabe yang menghuni ranking No. 24 dunia, tetapi, kekalahannya di Birmingham menyaksikan wakil Jepun tersebut kini merapatkan jurang kepada 2-4. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN