PETALING JAYA: Tiga daerah di Kedah masih mencatatkan status gelombang haba Tahap 2 selepas merekodkan suhu maksimum tinggi selama tiga hari berturut-turut. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), setakat pukul 6 pagi tadi, kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling, manakala 16 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1. “Status Tahap 2 dicapai apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. Dalam…











