Raja Muda Perlis titah umat Islam tunai solat sunat Istisqa

Raja Muda Perlis titah umat Islam tunai solat sunat Istisqa

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan umat Islam di negeri ini supaya menunaikan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan esok.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, solat berkenaan akan didirikan di tanah lapang di Dataran Istiadat, Istana Arau pada pukul 8 pagi.

Menurut baginda, jemaah yang hadir dinasihatkan supaya menggunakan payung, membawa sejadah masing-masing serta mengambil wuduk dari rumah sebagai langkah persediaan.

“Bagi mereka yang mempunyai keuzuran kesihatan, langkah penjagaan seperti memakai pelitup muka amat digalakkan,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar doa al-Istisqa dibacakan ketika khutbah Jumaat di seluruh masjid di Perlis bermula Jumaat ini sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin menyeru seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira darjat agar bermuhasabah serta kembali memohon keampunan daripada Ilahi.

“Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan, segera bertaubat daripada segala maksiat, saling bermaafan sesama insan, memperbanyakkan amalan puasa dan sedekah serta meninggalkan sebarang perbalahan,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN