Sembilan tan sampah di rumah warga emas dibersihkan

Sembilan tan sampah di rumah warga emas dibersihkan

PETUGAS pembersihan membantu mengeluarkan sebanyak 9 tan sampah terdiri daripada barangan lusuh dan terpakai di sebuah kediaman lelaki warga emas di Taman Sentosa, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak sembilan tan longgokan sampah sarap serta barangan lusuh dibersihkan dari sebuah kediaman milik seorang lelaki warga emas di Taman Sentosa di sini, kelmarin.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Taman Sentosa dan Taman Pelangi, Sally Ng Lied Ying berkata, operasi tersebut dilaksanakan 10 pekerja pembersihan, tiga unit tong roro beserta sebuah jengkaut.

Katanya, kerja pembersihan mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum kesemua sampah sarap dan barangan lusuh itu berjaya dibawa keluar.

“Operasi pembersihan ini dibuat selepas penduduk setempat membuat aduan mereka tidak selesa dengan keadaan rumah berkenaan yang dipenuhi timbunan barangan lama.

“Pemilik kediaman iaitu seorang warga emas berusia 74 tahun itu turut membantu memudahkan kerja-kerja pembersihan yang dibuat,” katanya kepada pemberita.

Tambah Lied Ying, pihaknya sebelum ini pernah mencadangkan agar lelaki yang tinggal bersendirian itu berpindah ke rumah kebajikan atau rumah orang tua, namun ditolak.

“Pada masa sama, saya berharap warga emas itu dapat menghentikan tabiat mengumpul barangan lusuh dan terpakai yang diamalkan sejak sekian lama.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak member barangan terpakai kepada lelaki berkenaan bagi mengelakkan rumahnya kembali dipenuhi longgokan sampah,” katanya.

Tujuh bulan lalu, media melaporkan rumah warga emas tersebut telah dibersihkan namun timbunan sampah kembali memenuhi kawasan kediaman berkenaan sehingga mencecah paras pagar.

Lied Ying berkata, tabiat lelaki itu mengumpul barangan terpakai dipercayai sudah berlarutan sejak kira-kira 30 tahun lalu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×