Saintis manfaatkan matahari guna 50,000 cermin

Saintis manfaatkan matahari guna 50,000 cermin

REFLECT Orbital merancang memanfaatkan sejumlah besar cahaya matahari yang biasanya melalui Bumi, dan menjualnya mengikut permintaan kepada individu, syarikat serta kerajaan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Saintis mendedahkan rancangan kontroversi untuk melancarkan 50,000 cermin ke angkasa lepas bagi menawarkan ‘cahaya matahari mengikut permintaan’.

Syarikat pemula yang berpangkalan di California, Reflect Orbital, dijangka memperoleh kebenaran untuk melancarkan prototaip cermin sepanjang 18.3 meter ke orbit bagi memantulkan cahaya matahari kembali ke permukaan Bumi.

Sebaik sahaja ia mencapai ketinggian 640 kilometer (km), cermin itu akan terbuka dan menerangi sebahagian Bumi seluas kira-kira 4.8 km.

Reflect Orbital berkata, cermin angkasa lepasnya membolehkan loji kuasa solar beroperasi 24 jam sehari, menyediakan pencahayaan untuk kawasan yang dilanda bencana, malah berpotensi menggantikan lampu jalan.

Syarikat itu sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC), yang mengeluarkan lesen untuk satelit, dan cermin tersebut boleh dilancarkan seawal musim panas ini.

Bagaimanapun, sebahagian pihak menentang rancangan itu, dengan pakar neurobiologi di Universiti Northwestern, Martha Hotz Vitaterna memberi amaran implikasinya terhadap hidupan liar dan semua bentuk kehidupan adalah sangat besar.

Reflect Orbital, yang mengumpul lebih AS$28 juta (RM109 juta) daripada pelabur, bukan kumpulan pertama yang bercita-cita memanfaatkan cahaya matahari menggunakan cermin.

Pada 1993, sebuah satelit Russia yang digelar Znamya atau Banner, membuka cermin sepanjang 19.812 meter dan memantulkan pancaran cahaya sekuat dua atau tiga bulan purnama.

Idea itu bertujuan melihat sama ada sekumpulan satelit kecil boleh digunakan untuk memanjangkan waktu siang di kawasan terpencil Artik Siberia.

Namun, Reflect Orbital merancang memanfaatkan sejumlah besar cahaya matahari yang biasanya melalui Bumi, dan menjualnya mengikut permintaan kepada individu, syarikat serta kerajaan.

Tarikan terbesar dijangka datang daripada industri tenaga solar yang sedang berkembang, di mana ketika ini berdepan masalah utama iaitu panel solar tidak dapat menjana elektrik pada waktu malam.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN