RCB janji bonus untuk Hakim Danish

RCB janji bonus untuk Hakim Danish

HAKIM Danish (tengah) bersama pelumba muda negara Qabil Irfan Azlan (kiri) dan Qayyim Razin Razali pada Majlis Berbuka Puasa Rakan-Rakan MKA di Banglow 289 IOI City Mall.-IHSAN RCB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, berpeluang meraih bonus daripada syarikat aksesori motosikal, RCB, jika berjaya meraih keputusan cemerlang dalam saingan Moto3 musim ini.

RCB yang merupakan penaja kepada Hakim Danish memberi bayangan ganjaran lumayan bakal menantinya jika mencipta kejayaan dan ia sebagai suntikan semangat buat pelumba itu yang sedang mengharungi musim pertamanya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia.

Pengurus Jenama RCB, Amir Azizi Rahman

Pengurus Jenama RCB, Amir Azizi Rahman, berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan pemberian bonus jika pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu berjaya meraih kedudukan podium dalam perlumbaan.

Katanya, ganjaran itu sebagai motivasi tambahan buat pelumba muda negara tersebut untuk terus berusaha memburu keputusan terbaik.

“Pemberian bonus adalah untuk memberi semangat kepadanya. Justeru jika dia capai keputusan di luar jangka seperti menang perlumbaan, mungkin kami boleh memikirkan untuk memberi bonus,” katanya kepada media selepas majlis iftar RCB, kelmarin.

Amir turut mengesahkan RCB akan terus menyokong perjalanan karier Hakim Danish di pentas antarabangsa.

Katanya, sokongan itu bukan sahaja melibatkan bantuan kewangan, malah turut menyediakan produk RCB bagi membantu persiapan latihan pelumba berkenaan.

“Kami di RCB akan terus membantunya agar dia boleh fokus kepada perlumbaan, bukan hanya bantuan dari segi kewangan tetapi juga barangan untuk kegunaannya.

“Sememangnya kami menitikberatkan pelumba Malaysia menggunakan produk berkualiti seperti RCB,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jumlah tajaan, Amir enggan mendedahkan jumlah berkenaan namun mengakui nilainya lebih tinggi berbanding musim lalu.

Ketika ini RCB menaja kira-kira enam atlet tempatan yang bersaing di pelbagai kejuaraan termasuk Kejuaraan Motosikal Dunia, kejuaraan Asia serta Kejuaraan Cub Prix Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN