PETALING JAYA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan umat Islam di negeri ini supaya menunaikan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan esok. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, solat berkenaan akan didirikan di tanah lapang di Dataran Istiadat, Istana Arau pada pukul 8 pagi. Menurut baginda, jemaah yang hadir dinasihatkan supaya menggunakan payung, membawa sejadah masing-masing serta mengambil…











