Netanyahu beri amaran 'tersirat' kepada Mojtaba Khamenei

Netanyahu beri amaran ‘tersirat’ kepada Mojtaba Khamenei

GAMBAR fail Benjamin Netanyahu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengeluarkan ancaman tersembunyi terhadap pemimpin tertinggi baharu Iran, sambil mempertahankan perang bersama Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu dalam sidang media pertamanya sejak konflik bermula.

Dalam kenyataan semalam, Netanyahu mendakwa Iran tidak lagi sama selepas hampir dua minggu serangan udara bersama AS-Israel, yang dikatakan memberi kesan besar kepada Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan pasukan separa tentera Basij.

Beliau juga berikrar akan terus menumpukan operasi ketenteraan terhadap Hizbullah di Lubnan, yang melancarkan serangan pada 2 Mac sebagai tindak balas pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Ditanya tindakan yang mungkin diambil Israel terhadap pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, dan ketua Hizbullah, Naim Qassem, Netanyahu enggan memberikan butiran tetapi mengeluarkan amaran jelas.

“Saya tidak akan mengeluarkan polisi insurans hayat kepada mana-mana pemimpin organisasi pengganas ini.

“Saya tidak berniat memberi mesej tepat mengenai apa yang kami rancangkan atau akan lakukan,” kata Netanyahu.

Netanyahu menambah Iran dan Hizbullah tidak lagi menimbulkan tahap ancaman yang sama seperti sebelum perang.

Beliau juga menyatakan sering berhubung dengan Presiden AS, Donald Trump, sepanjang konflik berlaku.

Netanyahu berkata mereka berbincang setiap hari dengan perbualan yang terbuka dan bebas.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN