152 warga asing ditahan dalam serbuan imigresen di pusat hiburan - Utusan Malaysia

152 warga asing ditahan dalam serbuan imigresen di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 152 orang warga asing ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 1.30 pagi itu, pihak berkuasa turut menemukan bahan disyaki dadah yang dipercayai digunakan untuk tujuan hiburan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua mereka ditahan hasil pemeriksaan terhadap 194 warga asing dan 49 warga tempatan.

Katanya, antara yang ditahan termasuklah seramai 129 orang warganegara China.

“Tindakan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selain sebanyak 17 saman kepada saksi (Borang 29) dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Zakaria berkata, JIM tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggajikan dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN