JDT seru kelab Malaysia lain bangkit di ACL2

JDT seru kelab Malaysia lain bangkit di ACL2

KETUA Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia menegaskan, Harimau Selatan kini menyumbang majoriti mata kepada ranking Malaysia, namun situasi itu tidak mampu bertahan lama jika pasukan lain tidak tampil memberikan sumbangan.-IHSAN FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan lebih banyak wakil berdaya saing dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bagi mengukuhkan kedudukan ranking member association (MA) negara dan menambah peluang slot untuk kelab tempatan di pentas Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia menegaskan, Harimau Selatan kini menyumbang majoriti mata kepada ranking Malaysia, namun situasi itu tidak mampu bertahan lama jika pasukan lain tidak tampil memberikan sumbangan.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol dan Liverpool itu berkata, pencapaian JDT menembusi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sejak 2019 membuktikan kemampuan kelab tempatan bersaing di peringkat tertinggi.

Namun, jumlah mata MA dibahagi mengikut jumlah pasukan Malaysia yang bertanding di Asia, sekali gus menjejaskan kedudukan negara.

“Kami berbangga dengan setiap pencapaian di ACLE, tetapi kita tidak pasti berapa lama kedudukan MA Malaysia mampu bertahan jika hanya JDT yang menyumbang majoriti mata.

“Potensi kita sebenarnya besar untuk mencabar Australia dan China bagi mendapatkan lebih banyak slot.

“Namun, ia memerlukan pasukan lain dari Malaysia tampil menyumbang mata secara konsisten,” jelas Garcia dalam kenyataan di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Berdasarkan ranking pertengahan musim kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025/26, Malaysia kini berada di tangga ke-11 dengan 41.434 mata.

Garcia turut menekankan saingan di Asia semakin sengit apabila negara lain mengumpul mata secara kolektif.

“JDT sudah menyumbang lebih 70 peratus mata, tetapi pasukan lain di Asia Timur semakin menghampiri atau meninggalkan kita kerana mereka mempunyai lebih banyak wakil yang konsisten menyumbang mata.

“Singapura dan Indonesia mengutip lebih banyak mata musim ini dengan dua pasukan masing-masing menyumbang, manakala Thailand dan Australia terus mengukuhkan kedudukan kerana pasukan mereka bertindak sebagai kolektif,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN