Izzah terpaksa akur raih tempat keempat acara pecut wanita

Izzah terpaksa akur raih tempat keempat acara pecut wanita

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur berada di kedudukan keempat dalam acara pecut individu wanita selepas tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Filipina-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan keempat dalam acara pecut individu wanita Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 selepas tewas dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa.

Dalam aksi getir itu, Izzah gagal menyaingi kepantasan pelumba China, Wang Lijuan yang tampil lebih unggul untuk meraih kemenangan dalam dua perlumbaan berturut-turut.

Lijuan mencatat masa 11.235 saat pada perlumbaan pertama sebelum mengesahkan kemenangan dengan catatan lebih pantas, 11.071 saat dalam perlumbaan kedua, sekali gus menafikan peluang pelumba negara untuk menaiki podium.

Sementara itu, pingat emas acara tersebut menjadi milik seorang lagi pelumba China,Yuan Liying selepas menewaskan pelumba Jepun, Mina Sato dalam aksi final.

Sato terlebih dahulu mempamerkan kayuhan bertenaga apabila mencatat masa 10.516 saat pada pusingan pertama namun Yuan berjaya mencuri kemenangan di pusingan kedua dengan mencatatkan 10.483 saat, sebelum bangkit di pusingan penentuan sekaligus merangkul emas buat kem China.

Keputusan tersebut menyaksikan Nurul Izzah Izzati terlepas peluang untuk menambah koleksi pingat negara, namun prestasinya tetap memperlihatkan daya saing tinggi dalam kalangan pelumba elit Asia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN