PETALING JAYA: Malaysia perlu melaksanakan perubahan yang lebih tegas dan menyeluruh dalam usaha memperkasakan wanita serta kanak-kanak perempuan selaras dengan semangat Hari Wanita Antarabangsa yang disambut setiap tahun, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Setiausaha Kehormat Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MARTABAT PJ), Elizabeth Chrisostom berkata, tema sambutan tahun ini menekankan aspek hak, keadilan dan tindakan untuk semua wanita serta kanak-kanak perempuan, menjadi peringatan bahawa perjuangan mencapai kesaksamaan gender masih…










