Kerajaan terus lindungi, perkukuh peranan wanita

Kerajaan terus lindungi, perkukuh peranan wanita

FADILLAH YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan terus memberi bantuan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek termasuk perlindungan, sokongan dan mewujudkan ruang selamat kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, wanita adalah tonggak utama negara sekalipun mereka hanya bekerja dan menyumbang di belakang tabir.

“Sempena Hari Wanita ini, marilah kita bersama-sama terus menghargai dan memartabatkan peranan wanita sebagai rakan penting dalam membentuk masa depan negara. Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara. Selamat Hari Wanita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, wanita di Malaysia terus memainkan peranan besar dalam keluarga, pendidikan, ekonomi dan juga kepimpinan masyarakat.

Meskipun ramai wanita kini menjadi pendidik generasi dan pemangkin perubahan sosial, namun katanya, usaha untuk memperkukuh kesejahteraan, keselamatan serta peluang yang adil kepada golongan itu perlu terus dipergiat bagi mendepani cabaran semasa.

Beliau berkata, Hari Wanita bukan sekadar sambutan, sebaliknya satu penghargaan terhadap pengorbanan besar golongan itu bukan sahaja dalam institusi keluarga, malah kepada masyarakat dan negara serta di peringkat antarabangsa.

“Dalam kita meraikan golongan wanita, kita juga wajar menyedari realiti yang masih dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia. Jurang dalam aspek sosial, ekonomi dan politik masih wujud dan memerlukan perhatian bersama. Selain itu, isu keganasan dan konflik turut memberi kesan yang besar kepada wanita dan kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN