Boeing bekal 5,000 bom pintar kepada Israel

Boeing bekal 5,000 bom pintar kepada Israel

SEORANG pengawal keselamatan berkawal di pintu masuk kemudahan perkhidmatan penerbangan Boeing berhampiran Lapangan Antarabangsa Pudong Shanghai di Shanghai. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Boeing, memperoleh kontrak baharu bernilai AS$289 juta (RM1.13 bilion) dengan Israel untuk membekalkan sehingga 5,000 bom pintar bagi yang dilancarkan melalui udara.

Bom Diameter Kecil syarikat penerbangan itu adalah peluru berpandu yang boleh dilancarkan oleh jet Israel ke sasaran pada jarak lebih 64 kilometer (km).

Menurut sumber, kontrak baharu itu tidak berkaitan dengan serangan udara yang sedang dijalankan AS-Israel terhadap Iran, dengan penghantaran dijadualkan bermula dalam tempoh 36 bulan.

Ini sekurang-kurangnya penjualan ketiga senjata berkenaan kepada Israel.

Pada Februari 2025, Jabatan Negara memaklumkan jawatankuasa hal ehwal luar Dewan Perwakilan AS dan Senat bahawa Israel meminta 2,166 bom tersebut.

Boeing juga mempercepat penghantaran kira-kira 1,000 bom kepada Israel selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Kontrak baharu itu bukan jualan ketenteraan rasmi antara kerajaan, sebaliknya jualan komersial langsung antara Boeing dan Israel yang kemudiannya akan diterbitkan dalam Daftar Persekutuan.

Urus niaga tersebut juga tidak didedahkan dalam kenyataan media Jabatan Negara pada 6 Mac yang mengumumkan jualan ketenteraan asing bernilai AS$151 juta yang dianggap sebagai perjanjian kecemasan dan perlu mengecualikan proses semakan biasa oleh Kongres.

Perjanjian itu melibatkan pembekalan 12,000 selongsong bom am BLU-110 seberat 1,000 paun yang dihasilkan oleh Repkon USA.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, turut mengemukakan justifikasi terperinci kepada Kongres bahawa wujud keadaan kecemasan yang memerlukan penjualan segera selongsong bom BLU-110 itu dilaksanakan di luar proses semakan biasa, menurut seorang pegawai Jabatan Negara.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN