PETALING JAYA: Semua aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius bagi melindungi kesihatan murid dan warga sekolah. Kementerian Pendidikan memaklumkan, langkah itu merupakan antara pendekatan kesiapsiagaan yang perlu dilaksanakan oleh semua institusi pendidikan susulan cuaca panas ketika pembukaan semula sekolah selepas tamat Cuti Penggal 1 minggu depan. Selain itu, KPM memaklumkan pertimbangan kebenaran khas boleh diberikan kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai…











