PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini. Sultan Ibrahim bertitah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu memberi perhatian serius terhadap situasi tersebut bagi memastikan kesihatan murid dan pelajar tidak terjejas. “Fenomena cuaca panas dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini. “Oleh itu, orang ramai perlulah menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada…











