KOTA TINGGI: Kira-kira 80 peratus atau 120 hektar daripada keseluruhan 150 hektar kawasan kebakaran hutan di Punggai, Pengerang dekat sini berjaya dipadamkan, setakat pukul 1 tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir berkata, operasi masih giat dilakukan anggota melibatkan kawasan seluas 30 hektar. “Keadaan cuaca panas dan kering serta tiupan angin kuat menjadi antara faktor utama kebakaran cepat merebak ke kawasan sekitar termasuk…











