Woods akui teknologi moden mudahkan laluan anak

Woods akui teknologi moden mudahkan laluan anak

TIGER Woods dan anaknya, Charlie Woods menamatkan Kejohanan PNC di Kelab Golf Ritz Carlton Grande Lakes, Florida semalam selaku naib juara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Proses perekrutan yang semakin mudah dan pantas dalam era digital menjadi faktor utama di sebalik keputusan anak legenda golf dunia, Tiger Woods, iaitu Charlie Woods, memilih untuk menyertai program golf Universiti Florida State pada 2027.

Perubahan landskap komunikasi itu membuka ruang lebih luas buat universiti ternama memburu bakat muda elit termasuk Charlie yang kini menjadi antara prospek paling hangat di Amerika Syarikat (AS).

Charlie, 17, yang menuntut di The Benjamin School, Palm Beach, tidak terlepas daripada perhatian beberapa program utama sebelum akhirnya memilih Florida State sebagai destinasi seterusnya.

Pada November lalu, Tiger sendiri dilihat berjalan di lapangan bersama jurulatih Florida State, Trey Jones ketika anaknya mencatat 68 pukulan untuk membantu sekolahnya menjuarai Florida 1A.

Pemain ranking ke-23 Persatuan Golf Remaja Amerika (AJGA) itu sebelum ini turut menjuarai AJGA Team TaylorMade Invitational pada Mei tahun lalu.

Tiger mengakui proses perekrutan yang dilalui Charlie jauh berbeza berbanding pengalaman beliau ketika menyertai Universiti Stanford pada era 1990-an.

“Proses perekrutan sekarang sangat berbeza kerana semuanya menggunakan telefon bimbit dan komunikasi berlaku dengan pantas.

“Kami dahulu menunggu surat sampai ke peti mel untuk mengetahui tawaran universiti, tetapi kini jurulatih boleh terus berhubung dengan keluarga dan pemain, ia benar-benar dunia yang berbeza,” kata Tiger. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN