SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat persediaan awal dengan memperkukuh infrastruktur bekalan air di negeri ini termasuk menerusi pembangunan kemudahan bekalan air industri bagi memenuhi permintaan tiga buah pusat data di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan pembangunan tiga buah pusat data di Seremban dan Port Dickson itu tidak menjejaskan bekalan air domestik kepada rakyat. Menurutnya, buat masa ini ketiga-tiga projek berkenaan…










