PM ucap tahniah kepada Tarique Rahman

PM ucap tahniah kepada Tarique Rahman

- FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tarique Rahman atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Bangladesh yang baharu.

Perdana Menteri berkata, ucapan itu dimaklumkan beliau dalam satu panggilan telefon bersama Tarique hari ini. 

“Berkesempatan berhubung menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarique Rahman bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini.

“Saya turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan proses demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.

“Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam hantaran di Telegram miliknya hari ini. 

Beliau turut menjemput Tarique untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada masa yang sesuai.

“Semoga hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh terus diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN