PETALING JAYA: Himpunan Anti Rumah Anutan Haram berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur akan diteruskan seperti biasa pada malam ini. Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth berkata, himpunan tersebut tetap berlangsung seperti dirancang pada pukul 8 malam di lokasi berkenaan. Katanya, perhimpunan itu tiada kaitan dengan perkauman ataupun sensitiviti agama. “Oleh hal yang demikian jangan kaitkan kami dengan perkara yang tidak berkaitan. Pukul 8 malam di pekarangan Sogo KL,”…










