Pendekatan bijaksana tangani isu rumah ibadat

Pendekatan bijaksana tangani isu rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pendekatan bil hikmah wabil hasanah atau kebijaksanaan dan bertatasusila digunakan dalam menangani isu pembinaan rumah ibadat yang tidak mengikut undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat pendekatan perundangan dan secara bijaksana untuk menyelesaikan masalah itu walaupun pembinaan struktur rumah ibadat itu tidak mematuhi peraturan.

“Jangan ada satu tindakan yang agresif yang akan menyebabkan masalah lain timbul.

“Kerajaan sangat prihatin terhadap isu ini dan semua pemimpin di negeri-negeri mesti menangani masalah ini secara bijaksana dan mengikut tatasusila di negara ini,” katanya kepada para pemberita selepas program jelajah Road to Ramadhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan polis tidak membenarkan penganjuran perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram bagi mendesak penguatkuasaan terhadap rumah ibadat yang dibina tanpa izin yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Zahid menyifatkan arahan polis supaya perhimpunan itu tidak diteruskan sebagai tindakan yang wajar.

“Kita menyantuni perbezaan bagi mereka yang tidak mematuhi arahan dengan cara yang bijaksana,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN