ROMPIN: Umat Islam diingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai hak eksklusif mana-mana kelompok sehingga menyebabkan sebahagian masyarakat berasa terpinggir atau tidak didekati. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pengurusan masjid perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, telus dan berintegriti supaya institusi itu benar-benar menjadi payung kesejahteraan, perpaduan dan kesejahteraan ummah. “Masjid bukan sekadar mercu tanda keindahan seni bina yang megah pada pandangan mata tetapi jauh lebih daripada itu,…










