Malaysia benam Myanmar 5-0

Malaysia benam Myanmar 5-0

Justin Hoh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad lelaki negara mudah membenam Myanmar 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2026 di Qingdao, China, hari ini.

Malaysia yang turun tanpa kelibat bintang utama dan hanya membariskan skuad kedua, mengutip mata pertama menerusi pemain No. 39 dunia, Justin Hoh yang mengambil masa selama 49 minit sebelum menewaskan wakil Myanmar, Hein Htut 21-18, 21-19 dalam masa 48 minit.

Skuad negara yang meletakkan pemain remaja, Eogene Ewe sebagai perseorangan kedua juga tidak menghadapi masalah mengetepikan cabaran Nyan Shaine Lin 21-10, 21-14 dalam masa 33 minit.

Mata ketiga Malaysia diraihkan menerusi pemain remaja berusia 17 tahun, Kong Wei Xiang yang mudah menyingkirkan Lal Zuidika 21-11, 21-11 dalam masa 31 minit.

Walaupun kejayaan telahpun berada genggaman Malaysia, beregu pecah ganding, Aaron Tai-Yap Roy King meneruskan rentak kemenangan untuk mengutip mata keempat skuad negara apabila mengalahkan Nyan Shaine Lin-Phone Htet Zaw 21-11, 21-9 dalam masa 23 minit.

Gandingan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri melengkapkan kemenangan Malaysia 5-0 selepas membenam Phyo Thurain Kyaw-Lal Zuidika 21-9, 21-7 dalam masa 22 minit.

Esok, skuad negara akan turun untuk perlawanan terakhir pusingan awal bertemu Indonesia bagi menentukan juara Kumpulan D.

Laluan agak sukar bakal diharungi Malaysia kerana pasukan dari negara tetangga itu memiliki barisan muda yang lebih baik diketuai pemain perseorangan sedang meningkat baik, Muhammad Zaki Ubaidillah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN