Tidak timbul Pas gerak solo - Ahmad Samsuri

Tidak timbul Pas gerak solo – Ahmad Samsuri

AHMAD Samsuri Mokhtar berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Terengganu dan Batik Air di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Pas kekal komited memperkukuh Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik yang stabil serta berdaya saing dan tidak timbul isu parti itu mahu bergerak secara solo menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu sentiasa memberi komitmen penuh di peringkat kepemimpinan dan menghormati kerjasama yang dibina bersama rakan-rakan komponen dalam PN.

“Kita sedar landskap politik semasa yang sentiasa berubah dan mencabar namun fokus utama Pas ketika ini adalah untuk terus mengukuhkan PN demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Terengganu dan Batik Air di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, sebarang spekulasi mengenai Pas mahu bergerak bersendirian hanya andaian yang tidak berasas dan tidak mencerminkan pendirian sebenar parti itu.

Ditanya bila konflik dalam gabungan itu dijangka berakhir, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu percaya semua isu akan selesai dengan baik selepas Mesyuarat Tertinggi PN diadakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, PN masih mempunyai ruang untuk diperkukuh dan semua pihak perlu mengelakkan polemik yang boleh melemahkan kepercayaan rakyat terhadap gabungan itu.

Ditanya tentang jawatan Pengerusi PN, beliau enggan mengulas kerana tidak berada dalam barisan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu dan berkata ‘tunggu dan lihat’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN