Kebakaran rumah ragut nyawa kanak-kanak

Kebakaran rumah ragut nyawa kanak-kanak

GAMBAR BOMBA BANTING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun rentung dalam satu kebakaran melibatkan tiga rumah sewa di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.50 pagi sebelum pasukan polis dan bomba digerakkan ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kegagalan litar pintas di salah sebuah rumah sewa sebelum api merebak ke rumah bersebelahan.

“Hasil pemeriksaan lanjut forensik, seorang mayat kanak-kanak ditemukan dalam keadaan rentung di salah satu rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5 pagi.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah JBPM Selangor, Ahmad Mukhtar berkata, sepasukan 17 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Banting dan KLIA dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kes itu disiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami akibat kejadian tersebut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN