Jeeno juara di bumi sendiri

Jeeno juara di bumi sendiri

Jeeno Thitikul dari Thailand bergambar bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kemenangannya pada hari terakhir Kejohanan Honda LPGA Thailand 2026 di Siam Country Club, Pattaya, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Pemain No. 1 dunia, Jeeno Thitikul menghadiahkan kegembiraan berganda buat peminat tuan rumah apabila muncul juara Kejohanan Honda LPGA Thailand dengan catatan 24 bawah par, sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Jepun, Chizzy Iwai dengan kelebihan satu pukulan di Siam Country Club Old Course, petang tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu yang memulakan pusingan akhir dengan kelebihan dua pukulan mempamerkan aksi konsisten untuk memastikan gelaran milik­nya kekal di bumi Thailand.

Jeeno mencatat lima birdie pada pusingan pertama sebelum menambah tujuh birdie masing-masing pada pusingan kedua dan ketiga, serta enam lagi pada aksi penutup bagi mengesahkan kemenangan tersebut.

“Bagi saya, kemenangan di negara sendiri sangat bermakna.

“Saya beritahu ibu, akhirnya saya menang di depan mata dia dan kerana itu dia sangat emosional, malah membuatkan saya turut tersentuh,” kata Jeeno sejurus menerima trofi kejuaraan.

Satu-satunya eagle yang dilakarkannya hadir pada par lima pada Jumaat, sekali gus melengkapkan kejayaan manis buat juara lapan kali Jelajah LPGA itu.

Iwai yang memulakan pusingan akhir dalam kelompok tiga teratas terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala pemain Korea Selatan, Hyo Joo Kim menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Kejayaan itu menyaksikan Jeeno menjadi pemain Thailand ketiga menjulang trofi LPGA Thailand selepas Patty Tavatanakit pada 2024 dan Ariya Jutanugarn pada 2021, ketika saingan seterusnya akan beralih ke Singapura dan China dalam siri jelajah Asia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN