Isu ganjaran bekas atlet negara selesai

Isu ganjaran bekas atlet negara selesai

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tengah) ditemani Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim (lima dari kanan) bergambar bersama bekas atlet olahraga negara, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Olahraga Malaysia (MA) mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu ganjaran kepada atlet negara yang pernah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kebangsaan pada era masing-masing.

Badan induk tersebut telah menyampaikan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM65,000 kepada olahragawan dan olahragawati kebangsaan bermula pada 1966 hingga 1982.

Antara bekas atlet yang menerima ganjaran tersebut adalah Tan Sri M. Jegathesan, Datuk M. Rajamani, Datuk Zaiton Othman, Datuk Rabuan Pit, Junaidah Aman, Gladys Chai Ng Mei, Khoo Chong Beng, Datuk Marina Chin, dan V Subramaniam.

Majlis penyampaian insentif itu disempurnakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, generasi atlet terdahulu tetap komited mengharumkan nama negara walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Kita mungkin boleh katakan mereka ini kekurangan daripada segi persiapan dan ganjaran tetapi kaya daripada pengorbanan, perjuangan dalam memartabatkan negara serta semangat patriotisme yang tinggi.

“Bagi kita adakalanya misi itu mustahil tetapi mereka inilah yang menjadikan misi itu tidak mustahil dengan adanya kekuatan jati diri dan motivasi mereka,” katanya.

Pada majlis tersebut, M. Rajamani yang dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 1966 dan 1967 menerima RM10,000 manakala legenda pecut negara, M. Jegathesan mendapat RM5,000 bagi Olahragawan Kebangsaan 1966.

Rabuan Pit pula menerima RM10,000 apabila dinobatkan Olahragawan Kebangsaan pada 1980 dan 1982 manakala Zaiton Othman menerima RM5,000 bagi Olahragawati Kebangsaan 1982.

Selain itu, Junaidah menerima RM10,000 selepas memenangi anugerah berkenaan pada 1971 dan 1972, manakala Gladys (1973),  Chong Beng (1975) dan V Subramaniam (1978) masing-masing menerima RM5,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN