KANGAR: Sumber bekalan air di Perlis khususnya untuk kegunaan domestik dan pertanian masih mencukupi meskipun negeri ini sudah merekodkan hampir 40 hari tanpa hujan. Cuaca panas dan kering mencecah 34 darjah celsius itu dijangka berlarutan sehingga Mac. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, bekalan air di Perlis berada pada tahap terkawal walaupun cuaca panas terus berlarutan. Katanya, ketika ini, paras air di empangan Timah Tasoh masih berada dalam keadaan selamat…










