Arteta puji saingan Saka, Madueke

Arteta puji saingan Saka, Madueke

Noni Madueke (kiri) dan Bukayo Saka. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya persaingan sihat antara Bukayo Saka dan Noni Madueke memberi manfaat besar buat kelab dan England ketika kedua-duanya bersaing merebut tempat kesebelasan utama.

Madueke memanfaatkan kecederaan berulang yang menimpa Saka musim ini untuk menyerlah dalam musim sulungnya bersama The Gunners selain memainkan peranan penting dalam kempen kelayakan Piala Dunia England.

Saka yang sebelum ini hampir pasti mengisi posisi sayap kanan terpaksa digerakkan ke peranan lebih tengah ketika kemenangan 4-0 ke atas Wigan dalam aksi Piala FA susulan kecederaan Martin Odegaard dan Kai Havertz.

“Kami berada di gim dan semua cuba bersaing sesama sendiri, dan dua pemain itu memang mencuit hati seperti biasa.

“Hubungan mereka sangat baik dan walaupun ada persaingan untuk tempat, mereka mengambilnya dari sudut positif dan pasukan mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Arsenal berpeluang melebarkan jurang tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggers sekiranya menewaskan Wolves, sekali gus semakin menghampiri kejuaraan liga pertama dalam tempoh 22 tahun.

Pasukan London itu turut memburu sejarah dengan peluang merealisasikan empat trofi apabila bakal berdepan Manchester City dalam final Piala Liga selain mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan rekod sempurna.

“Kedudukan kami ketika ini adalah satu keistimewaan yang diperoleh hasil kerja keras setiap hari selama berbulan-bulan dan kami perlu terus memeluk cabaran itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN