SRI AMAN: Bapa kepada jururawat yang ditemukakan meninggal dunia bersama suaminya di rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun memberitahu tidak melihat sebarang perubahan sikap antara anak dan menantunya sebelum ini. Kibin Jaya, 68, berkata dia selalu pergi ke rumah mereka dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada dua hari lepas. “Memang saya ada berjumpa mereka dan selalu ke sini (rumah mangsa). “Kedua-duanya seperti biasa, tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya…










