Soon Huat-Shevon bergelut sebelum mara

Soon Huat-Shevon bergelut sebelum mara

Aksi pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai ketika menentang pasangan Taiwan, Wu Guan Xun dan Lee Chia Hsin pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 2 negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terpaksa bergelut menentang gandingan kurang ternama, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin dari Taiwan sebelum menempah laluan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pasangan No. 9 dunia itu mengambil masa selama 56 minit untuk menyingkirkan Guan Xu-Chia Hsin yang menghuni ranking ke-38 dunia 15-21, 21-19, 21-14 di peringkat 32 terbaik.

Kedua-dua beregu belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dan kemenangan Soon Huat-Shevon meletakkan pasangan suami isteri itu kini mendahului 1-0 ke atas lawan tersebut.

Esok, Soon Huat-Shevon bakal berdepan beregu Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai yang berada di tangga ke-32 dunia.

Menjelang pertembungan tersebut, Soon Huat-Shevon memiliki kelebihan psikologi kerana mereka menewaskan beregu yang sama pada Terbuka Malaysia, tahun lalu di pusingan pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN