PETALING JAYA: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan beliau dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Beliau memaklumkan menerima notis pemecatan itu petang tadi namun akan membuat rayuan mengenainya dalam tempoh terdekat.
“Ya. Terima notis petang tadi. Akan buat rayuan, “katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
Menurut sepucuk surat Lembaga Tatatertib Bersatu bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Saifuddin, keputusan pemecatan berkuatkuasa hari ini itu ditentukan dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.
Surat berkenaan menyatakan beliau telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan olehnya. –UTUSAN










