PUTRAJAYA: Kerajaan komited melaksanakan keputusan berkaitan pemberian 40 peratus hasil kepada Sabah dan proses perbincangan rasmi telah dimulakan seperti diarahkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, sebelum ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, turut dibincangkan hari ini termasuk status pelaksanaan keputusan mahkamah serta perkembangan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.…










