PETALING JAYA: Empat individu termasuk tiga pegawai sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM580,000 daripada sebuah syarikat jururunding bagi kelengkapan kawalan pencemaran. Penahanan kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an dilakukan di sekitar Negeri Sembilan dalam Op Mickey kira-kira pukul 5.30 petang semalam. Kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2025 sebagai…










