PETALING JAYA: Pensijilan halal meningkatkan kualiti dan pengurusan dalam operasi restoran supaya lebih teratur dan bersih dalam mematuhi piawaian ditetapkan dalam Islam. Pengalaman itu diakui Pengarah Restoran sajian barat, Lafayette, Jack Lau, sepanjang ‘perjalanannya’ mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Katanya, usaha mendapatkan pensijilan halal itu mendorong pasukan mereka meningkatkan standard operasi secara menyeluruh, termasuk kebersihan dapur, pengendalian makanan dan rantaian bekalan. “Sistem halal itu sendiri menjadikan…










