Proses kelulusan sijil halal kini lebih cepat

Proses kelulusan sijil halal kini lebih cepat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses kelulusan pensijilan halal di negara ini kini jauh lebih pantas berbanding sebelum ini sekali gus memberi kelebihan besar kepada syarikat tempatan menembusi pasaran global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 10,000 syarikat telah diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan lebih 80 peratus daripadanya terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Bayangkan, walaupun piawaian lebih ketat dan pemantauan lebih rapi, tempoh kelulusan kini hanya sekitar dua minggu berbanding enam bulan dahulu,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zahid yang disifatkan memainkan peranan besar mempercepat proses kelulusan halal dengan mengekalkan piawaian lebih tinggi.

“Ucapan tahniah dan terima kasih saya rakamkan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana sejak beliau menerajui usaha (sijil halal) ini, kelulusan pensijilan halal bukan sahaja lebih cepat, malah lebih teliti dan diyakini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×